Delicious LinkedIn Facebook Twitter RSS Feed

Lain-Lain


   Bio Cypress    Cappucino Cypress

  Air Bio Cypress
Sesuai untuk :
Imuniti tubuh, tekanan darah, saraf dan sendi, sesuai untuk minda, mengimbangi pH, 89 mineral penting untuk tubuh, mengantikan elektrolit & pernafasan, melancarkan perjalanan darah, SERTA UNTUK AHLI SUKAN.
KHASIAT BIO-SUNAH
Menjana 'Kilang Tenaga Mitokondria' ( kilang tenaga bagi sel-sel badan dan menjana sebahagian besar tenaga yang diperlukan oleh badan ).
Meningkatkan Aktiviti Anti-Oksida Herba Bio-Sunah juga digunakan sebagai penawar untuk penyakit gigi, barah gusi, kencing manis serta berupaya merawat ulser dan penyakit buah pinggang.
Herba Bio-Sunah boleh digunakan untuk merawat penyakit akibat serangan angin ahmar seperti mati sebelah badan, merawat demam, kancing gigi, penyakit kuning, buasir, sembelit dan masalah pundi kencing termasuk masalah prostat.
Herba Bio-Sunah memiliki ramuan untuk rawatan penyakit sendi ( athritis & rheumathoid ) yang terbaik disamping memulihkan penyakit asma kerana kemampuannya bertindak mengeringkan paru-paru yang bersifat basah.
SATU PENEMUAN YANG MENAKJUBKAN
Kajian Prof. Mohammad Shakram berkaitan makanan sunnah menemukan dapatan yang sangat hebat. Khasiat dalam zat pemakanan sekaligus mengandungi rahsia terapi penyembuhan yang luar biasa impaknya. Kajian beliau menemukan dua bahan asas yang dimasukkan dalam ubat-ubatan Barat yang bernilai tinggi tapi sengaja dirahsiakan mereka iaitu
GARAM MINERAL ( Hunza ) & AMBER POKOK PINE CYPRESS
Garam mineral Hunza ini bukan garam biasa sebaliknya mempunyai mineral antara 84 – 96 mineral yang sangat bernilai untuk tubuh badan. Bila dirungkaikaji oleh Prof. didapati bahawa pada serat kayu ini mengandungi antioksida, phcynogenol, monoterpenes dan kandungan kimia alpha cellulose yang sangat penting dalam terapi penyembuhan. Gabungan ketiga bahan ini didapati sangat berkesan untuk meningkatkan sistem imuniti, penawar untuk kanser, ulser, kencing manis, penyakit buah pinggang, radang paru-paru, penyakit mata ( katarak dan rabun ), masalah pundi kencing, lemah tenaga, athritis rheumatoid, sembelit, darah tinggi dan rawatan jantung.

  Cappucino Cypress
Merupakan produk hasil kajian intensif seorang sarjana muslim iaitu Dr. Muhammad Shakran Shuhatah dari Mesir, seorang gemologist dan herbalist dari Malaysia Dr Hisham bin Hashim berserta seorang pakar etnologi Dr Hj Manan bin Embong.
Kajian selama lebih dari 30 tahun ke atas mukjizat Nabi Nuh a.s iaitu spesies kayu bahtera dan digabungkan dengan kajian Dr Hisham bin Hashim ke atas konsep garam sunah menghasilkan dapatan yang sangat menakjubkan.
Gabungan amber ( resin / getah ) spesies pine cypress di Banjaran Ararat Turki dan mineral garam kristal yang ditemui di Pergunungan Hunza, Karokoram yang di kedalaman 2000 kaki telah mencetuskan satu fenomena dalam mencerna suatu makna baru dalam konsep air minuman yang wajar kita manfaatkan. Kami percaya dan yakin, produk ini akan meletakkan piawai baru dalam konsep minuman abad ke - 21 ini.
Mengapa KOPI
Lebih dari 400 JUTA CAWAN kopi diminum setiap tahun, sehingga menjadikannya sebagai minuman paling popular di dunia. Di Amerika Syarikat saja, 107 juta orang ( 52% dari jumlah populasi ) meminum kopi secara rutin setiap hari. 57 juta orang lainnya meminum kopi beberapa kali seminggu. Kajian oleh Universiti Sao Paulo, Brazil yang diterbitkan dalam Jurnal hasil konferensi American Society for Reproductive Medicine, di San Antonio menunjukkan bahawa lelaki yang mengamalkan kopi secara rutin setiap hari memiliki potensi sperma yang sihat dan subur.
Kopi Arab, Air Zam-Zam, Ekstrak Amber Cypress, Madu Yaman, Habbataus Sauda, Kulat Susu Harimau, Delima Ulas 1000, Garam Kristal Holland ( Garam Hunza ), Buah Tunjuk Langit, Ekstrak Daun Cypress, Minyak Zaiton, Za'faron dan Krimer.
KOPI CYPRESS YANG MENAKJUBKAN
Kandungan KOPI CYPRESS ternyata meletakkan KOPI CYPRESS sebagai kopi yang berada di dalam kelas yang tersendiri. Meneliti kepada kandungan KOPI CYPRESS ternyata khasiat terapeutik yang dibawanya bukan sedikit.
Anda sendiri dapat merasai kebaikan KOPI CYPRESS ini dari cangkir yang pertama anda minum lagi. Bahan utama yang dikombinasikan di dalam KOPI CYPRESS semestinya kandungan bahan dari pokok Pine Cypress yang merupakan pokok dari spesies kayu bahtera Nabi Nuh a.s hasil kajian Profesor Shakran Shuhatah dari Mesir selama 35 tahun.
AMBER CYPRESS
Amber Cypress yang dikesan sejak 55 juta tahun dahulu merupakan getah dari pine cypress tu merawat penyakit tonsilitis, insomnia, demam panas, asma, sakit kerongkong, penyakit hawar ( berjangkit ), sakit mata dan rabun.
Sementara itu, kulit dan batang pokok pine cypress pula dikatakan mampu merawat penyakit radang paru-paru, sakit telinga, menajamkan penglihatan dan rawatan untuk penyakit jantung. Amber cypress yang berwarna merah tua dan pekat itu pula mampu menghasilkan gelombang tertentu yang membantu melancarkan perjalanan darah ke seluruh tubuh badan terutamanya ke jantung.
GARAM KRISTAL HOLLAND ( GARAM HUNZA )
Merupakan satu bahan rahsia dalam perubatan Barat namun menjadi satu realiti dalam tradisi perubatan Islam dan Mesir Kuno. Kehebatan garam mineral Hunza ini dapat dilihat dalam rahsia panjang umur kaum Hunza yang ditakrifkan sebagai kaum yang memiliki purata umur paling panjang di dunia. Kuncinya terletak di dalam air minuman mereka yang memiliki ramuan garam mineral dan rendaman buah serta akar cypress yang menyebabkan molekul air yang diminum oleh mereka sangat kecil.
Mereka dikatakan memiliki purata umur terpanjang di dunia dengan rata-rata dari mereka berusia lanjut antara 120 hingga 140 tahun dan setelah satu penyelidikan saintifik dilakukan di kawasan tersebut, hasil kajiannya sangat mengejutkan. Kajian Dr Patrick Flanagan menunjukkan molekul air yang diminum oleh kaum tersebut sangat kecil hingga mencapai 5 nanometer iaitu 2000 kali ganda lebih kecil dari sel darah merah di samping memiliki potensi eletrik ( caj eletrik ) tersendiri yang dipanggil zeta potential.
Molekul air yang sangat kecil ini yang juga dipanggil nano colloids dengan potensi eletrik ini berinteraksi dengan molekul hidrogen dan oksigen hingga membentuk struktur kristal molekul air tersebut yang memudahkan penyerapan hingga ke dalam sel tubuh paling kecil sekalipun.
MADU YAMAN
Madu Yaman dikatakan sebagai madu terbaik dan termahal di dunia. Kombinasi persekitaran padang pasir dan bunga-bungaan dalam persekitaran tersebut menjana khasiat yang sangat tinggi. Sejak berjuta tahun dahulu, Yaman terkenal kerana madunya yang sangat baik dan berkualiti. 'Erathostenes' seorang sejarawan, berkata Yaman adalah satu kawasan yang amat subur dan mempunyai tempat-tempat yang sangat sesuai untuk penghasilan madu kerana terdapat pohon 'Sidr' dan 'Sumur'. Madu yang dianggap paling baik adalah yang dikeluarkan dari bunga 'Sidr'. Memandangkan khasiat yang sangat tinggi, madu Yaman boleh mencapai harga US$200 untuk sekilogram.
HABBATUS SAUDA
Abu Hurairah pernah mendengar Rasulullah Muhammad SAW bersabda: "Pada Habbatus sauda ada ubat bagi segala jenis penyakit kecuali Al-Sam, iaitu maut". Terdapat tujuh khasiat atau nilai perubatan perubatan yang sangat tinggi dalam habbatus sauda iaitu monosaccharide glukosa, xylosa, polysaccharide, fatty acid yang tidak tepu ( unsaturated essential fatty acids, EFA ). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan, asid amino yang membentuk protein, karotene iaitu sumber vitamin A, kalsium, zat besi dan memerkasakan sistem imunisasi tubuh.
DELIMA
Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru-paru kerana ia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman".
ZA'FARON
Dalam kitab Tibbul Imama A'li, muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan: Maksudnya:
"Sesiapa yang mengambil sebahagian Za'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal ( madu ), diminum sebanyak dua misqal ( dua sudu ) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."
Khasiat za'faron ternyata sangat besar seperti anti kanser, menghindarkan radang paru-paru, tekak, batuk, selsema, mengatasi masalah kulit, migrain dan asma. Za'faron juga sering digunakan dalam sesi pegubatan penyakit hepatitis A dan B, menghindarkan masalah senggugut, masalah penghadaman dan usus.
KOPI juga memasukkan bahan-bahan perubatan jawi di dalam kandungannya seperti Buah Tunjuk Langit dan Kulat Susu Harimau. Kedua-dua bahan ini ternyata sangat tinggi nilai perubatannya.
BUAH TUNJUK LANGIT
Rahsia perubatan Buah Tunjuk Langit atau 'SKY FRUIT' terdapat di dalam 2 kandungan kimia aktifnya iaitu:
i. Flavonoids :-
» Melancarkan pengaliran darah terutamanya mencegah saluran darah daripada tersumbat
» Mengurangkan kandungan tahap kolestrol serta mengurangkan penimbunan lemak pada dinding saluran darah.
» Mengurangkan kadar risiko penyakit koronari jantung.
» Tindakan anti-inflamasi yang berkesan, menggalakkan pertumbuhan anti-inflamasi dalam system tubuh badan yang berkenaan.
» Membantu mengurangkan kesakitan, pendarahan, lebam dan juga mengurangkan kecederaan tisu baban.
» Bertindak sebagai anti pengoksidaan.
» Mempunyai fungsi penyingkiran Radikal Bebas ( Free Radical )

ii. Saponins :-
» Menjadi agen penghalang penyakit barah dan mengurangkan lemak badan / kolestrol.
» Meningkatkan system imuniti dan mempertingkatkan kecergasan.
» Mengurangkan pembekuan darah dan tahap gula dalam darah.
» Menguatkan fungsi jantung dan melambatkan proses pembekuan darah.
» Di samping itu, SKY FRUIT juga mengandungi pelbagai sumber semulajadi seperti protein, mineral, vitamin, enzim, karbohidrat, asid lemak perlu dan beberapa zat-zat penting yang diperlukan oleh tubuh badan.
» Keistimewaan SKY FRUIT adalah kandungan semula jadi yang diperolehi mudah terhadam dan diserap oleh tubuh badan untuk mengekalkan kesihatan.
KULAT SUSU HARIMAU
Kulat Susu Harimau banyak digunakan didalam kes-kes peradangan dan anti-kanser. Khasiatnya sangat tinggi sehingga kuantiti yang perlu digunakan kecil sahaja. Harga kulat susu harimau agak mahal dan mampu mencapai sehingga RM7000.00 sekilo memandangkan kesukaran untuk mendapatkannya.
KOPI CYPRESS ternyata kopi yang terbaik di pasaran kini. Dengan bahan yang terkandung di dalamnya melalui kombinasi bahan perubatan Jawi, Mesir Purba, dan Islam berserta dengan rahsia perubatan sunnah Nabi Nuh a.s melalui rahsia pokok Cypress ternyata KOPI CYPRESS tidak mampu anda bayangkan.

   Sabun Cleopatra    Mandian Aura

  Sabun Cleopatra
Merupakan produk hasil kajian intensif seorang sarjana muslim iaitu Dr. Muhammad Shakran Shuhatah dari Mesir, seorang gemologist dan herbalist dari Malaysia Dr Hisham bin Hashim berserta seorang pakar etnologi Dr Hj Manan bin Embong.
Kajian selama lebih dari 30 tahun ke atas mukjizat Nabi Nuh a.s iaitu spesies kayu bahtera dan digabungkan dengan kajian Dr Hisham bin Hashim ke atas konsep garam sunah menghasilkan dapatan yang sangat menakjubkan.
Gabungan amber ( resin / getah ) spesies pine cypress di Banjaran Ararat Turki dan mineral garam kristal yang ditemui di Pergunungan Hunza, Karokoram yang di kedalaman 2000 kaki telah mencetuskan satu fenomena dalam mencerna suatu makna baru dalam konsep makanan seharian yang wajar kita manfaatkan.
KANDUNGAN BAHAN SABUN-CYPRESS
  1.  ( 1 ) Minyak Zaitun
  2.  ( 2 ) Amber Cypress
  3.  ( 3 ) Serpai Kulit Cypress
  4.  ( 4 ) Madu Yaman
  5.  ( 5 ) Za'faron
  6.  ( 6 ) Lahar Gunung Berapi
  7.  ( 7 ) Mineral Garam Kristal
MENGAPA SABUN - CYPRESS
GABUNGAN 7 BAHAN DI DALAM SABUN CYPRESS KELUARAN BIO-SUNAH, TIDAK SYAK LAGI MERUPAKAN SATU REVOLUSI DI BIDANG KECANTIKAN. SABUN – CYPRESS MERUPAKAN SABUN 'Semua Dalam Satu' YANG DIPERBUAT DARIPADA BAHAN – BAHAN ALAMI.
SABUN-CYPRESS MEMPUNYAI ZARA-ZARAH YANG SANGAT HALUS ( SEBAGAIMANA DIBUKTIKAN MELALUI AIR MINERAL GARAM DENGAN MOLEKUL BERTAHAP NANO YANG DIPANGGIL NANO COLLOIDS ) MAMPU MENYERAP JAUH KE DALAM SEL DAN MEMBERSIHKAN SEL-SEL KULIT SERTA MEMBANTU MENYEDIAKAN PERSEKITARAN YANG BAIK UNTUK PERTUMBUHAN SEL-SEL BARU.

  Mandian Aura
Kandungan :
Serpai Kulit Kayu Cypress, Lahar Gunung Berapi, Kristal Hunza ( garam ), Ekstrak Amber Cypress, Daun Cypress
Kelebihan :
Imuniti tubuh, tekanan darah, saraf dan sendi, mengimbangi pH, 89 mineral penting untuk tubuh, menggantikan lektrolit & pernafasan, melancarkan perjalanan darah.

   Bio Life    Bio Herbs    Bio Sunah

  Bio Life
Biolife mreupakan produk hasil kajian intensif seorang sarjana muslim iaitu Dr. Muhammad Shakran Shuhatah dari Mesir, seorang gemologist dari Malaysia Dr Hisham bin Hashim berserta seorang etnologi Dr Hj Manan bin Embong.
Kajian selama lebih dari 30 tahun ke atas mukjizat nabi Nuh a.s sepsis kayu bahtera dan digabungkan dengan kajian Dr Hisham bin Hashim ke atas konsep garam sunah menghasilkan dapatan yang sangat menakjubkan. Gabungan amber ( resin / getah ) sepsis pine cypress di Banjaran Ararat Tukri dan mineral garam Kristal yang ditemui di pengunungan Hunza, Karokoram yang di kedalaman 2000 kaki telah mencetuskan satu fenomena dalam mencerna suatu makna baru dalam konsep air minuman yang wajar kita manfaatkan.
Kami percaya dan yakin, produk ini akan meletakkan piawai baru dalam konsep air minuman abad ke – 21 ini.
Mengapa air
AIR : merupakan kurnian Ilahi yang sangat ajaib. Semua hidupan memerlukan air. Lebih daripada 70% berat normal manusia adalah air dan Allah menurunkan hujan untuk menyucikan kamu dengan air hujan itu dan menghilangkan dari kamu gangguan-gangguan syaitan untuk menguatkan hatimu dan memperteguhkan dengannya telapak kakimu'.. Al Anfaal : 11
RAHSIA KAUM HUNZA
Kaum ini dikatakan memiliki purata umur terpanjang di dunia dengan rata-rata dari mereka berusia lanjut antara 120 hingga 140 tahun dan setelah satu penyelidikan saintifik dilakukan di kawasan tersebut, hasil kajiannya sangat mengejutkan.
Rahsia umur panjang kaum ini dikaitkan dengan faktor AIR YANG MEREKA MINUM!!
Kajian Dr. Patrick Flanagan menunjukkan molekul air yang diminum oleh kaum tersebut sangat kecil hingga mencapai 5 nanometer iaitu 2000 kali ganda lebih kecil dari sel darah merah di samping memiliki potensi eletrik ( caj eletrik ) tersendiri yang dipanggil zeta potential.
Molekul air yang sangat kecil ini yang juga dipanggil nano colloids dengan potensi eletrik ini berinteraksi dengan molekul hydrogen dan oksigen hingga membentuk struktur Kristal molekul air tersebut yang memudahkan penyerapan hingga ke dalam sel tubuh kecil sekalipun.
Punca keadaan ini berlaku adalah kerana air yang diminum oleh kaum Hunza ini digali di atas gunung yang dikelilingi oleh pohon cypress. Akar pokok ini terselirat memasuki telaga kaum Hunza manakala buah dan amber ( resin / getah pokok cypress ) didapati terendam didalam air telaga tersebut.
Minuman tenaga cypress tidak hanya merupakan ekstrak amber pine cypress semata-mata tetapi juga merupakan campuran dengan sejenis garam yang juga dimakan oleh kaum tersebut yang dipanggil garam Hunza yang digali sejauh 2000 kaki ke dalam tanah. Garam ini dalam istilah hari ini dipanggil Mineral Garam Kristal Holland.
Garam inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.A.W sebagaimana sabdanya dari Riwayat Ibnu Abbas : "barang siapa yang memulakan makan dengan memakan secubit garam, maka Allah akan menghindarkan 330 jenis penyakit dan yang paling ringan adalah gila, kusta, sakit perut, sakit gigi dan yang bakinya hanya Allah jua yang mengetahuiNya."
KANDUNGAN BIOLIFE
  1. ( 1 ) EKTRAK AMBER CYPRESS
  2. ( 2 ) EKSTRAK DAUN CYPRESS
  3. ( 3 ) AIR ZAM-ZAM
  4. ( 4 ) MINERAL GARAM KRISTAL
  5. ( 5 ) ZA'FARON
KOMBINASI MINERAL GARAM KRISTAL DAN EKSTRAK AMBER CYPRESS
Garam mempunyai kemujaraban yang unik dan suci sebagai pembersih yang meleraikan radiasi serta reaksi protein. Kerja-kerja enzim yang unik ini dapat merangsang kepada kejadian sintesis protein yang lebih berkesan. Kombinasi garam kristal dan amber pine cypress akan meningkatkan tenaga molekul serta sel kerana di situ terdapat unsur yang mengupayakan makromelikul protein yang kompleks iaitu Deoxyribonucleic Acid ( DNA ). DNA yang terletak di dalan nukleus sel ini mengandungi kod-kod genetik yang membawa maklumat daripada semua organ serta tingkah laku diri. Ini membolehkan rangsangan yang betul dan sistematik dihantar kepada DNA supaya organ badan dapat berfungsi dengan baik.
PENGATURAN MOLEKUL AIR
[ 1 ] BIOLIFE mengaktifkan molekul air ,memecahkan klusternya dan menjadikan molekul air sangat kecil ( 2000 kali ganda lebih kecil dari sel darah merah ) dan ini memudahkan mineralnya terurai serta memudahkan penyerapan mineral tersebut untuk mengaktifkan metabolisme tubuh.
[ 2 ] BIOLIFE meneutralkan segala macam asid dan kimia berbahaya yang terdapat di dalam air minuman. Kelebihan BIOLIFE kerana ia boleh dititiskan ke dalam air minuman berkafein seperti kopi dan teh untuk menghalang kesan negatif kafein dalam tubuh peminum. Ini bermakna anda boleh terus menikmati minuman kegemaran anda tanpa meninggalkan nikmat minuman tadi.
[ 3 ] BIOLIFE dengan gabungan mukjizat sunah, mempertingkatkan energi elektron dan melakukan pengaturcaraan kembali sel elektron ke atas air minuman memberikan kesan maksimum kepada elekrolit tubuh.
[ 4 ] BIOLIFE menjadi agen detoksifikasi yang paling sempurna untuk bekerja menyingkirkan segala kesan negatif dari makanan dan persekitaran tercemar dalam masa kurang dari 5 minit selepas titisan BIOLIFE ini anda minum.
[ 5 ] BIOLIFE menjadikan darah anda sebagai 'sistem pengangkutan oksigen' paling efesien. Darah yang cukup dan beroksigen tinggi adalah darah yang sihat sekaligus menjadi penebat kepada segala bentuk penyakit berbahaya seperti penyakit kardiovaskular ( jantung ) dan kanser. Darah yang beroksigen tinggi juga akan mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan penyakit kronik.
[ 6 ] BIOLIFE menjadi catalyst untuk mewujudkan keseimbangan ( equilibrium ) antara kalsium dan iodin di bahagian tiroid untuk mereka yang sangat kurus atau yang mengalami obesiti.
[ 7 ] BIOLIFE akan mencerna kulit yang sihat, gebu dan awet muda kerana peneutralan air minum sehingga mewujudkan keadaan alkali yang tinggi menjadi agen rejuvenasi ( menghidupkan kembali sel ) yang sangat berkesan.
[ 8 ] BIOLIFE mengaktifkan mitokondria dan menjadikan tubuh memiliki potensi hidroelektrik yang tinggi. Keadaan ini akan membolehkan degupan jantung diatur semula dan menurunkan tekanan darah hingga menjadi normal. Sementara penggunaan tenaga oleh tubuh badan akan disusun berdasarkan keperluan tenaga seseorang.
[ 9 ] BIOLIFE sangat berkesan untuk pembinaan struktur tulang.Garam di dalam tulang adalah sebanyak 27% daripada keseluruhan garam tubuh.Tulang juga terdiri daripada 22% air.Osteoporosis dan athirits banyak berpunca dari masalah kekurangan garam berkualiti.
[ 10 ] BIOLIFE merawat masalah katarak dan sinus secara cepat. ( rujukan : sirah Nabi Nuh a.s berkaitan Yahudi buta yang kembali melihat ). Pine Cypress memiliki phycenogenol dan monoterpenes yang sangat baik untuk aktiviti di kornea mata dan telinga ( merawat sinusitis ).
[ 11 ] BIOLIFE 'bekerja' dan berkombinasi dengan air garam Hunza dalam mengimbangi semula darah yang telah teroksida dengan mengubah, memecah , menguraikan unsur pemakanan menjadi zat nutrien dalam partikel yang sangat halus bagi memaksimakan potensi getaran.
PENDAPAT PARA SARJANA
'Saya telah menggunakan lebih 5000 gelen air alkali dalam hampir semua jenis masalah kesihatan dan ia sangat bermanfaat dan mujarab.' ( Dr. Theodorebaroody ,penulis buku Alkalize or Die )
'Meminum empat hingga lima gelas air beralkali setiap hari membantu mengimbangi tahap kesihatan anda. Air alkali bertindak seperti vitamin C, E dan beta karotene yang menjadi anti oksidan disebabkan kandungan elektron bebas yang banyak yang membantu tubuh melawan penyakit' Dr. Susan Clark, penulis buku Chemistry of Success )
'Dengan meminum air alkali, jam penuaan boleh diperlahankan.' Dr Robert Atkins
CARA PENGGUNAAN BIOLIFE :
TITISKAN SEBANYAK 3 TITIS KE DALAM SEGELAS AIR MINUMAN ANDA DAN KACAU IKUT PUSINGAN TAWAF / LAWAN JAM SEBANYAK 7 KALI.
AIR MINUMAN ANDA SEKELIP MATA AKAN MEMILIKI ENERGI DAN KESAN TERAPI YANG SANGAT HEBAT
  Bio Herbs
Kandungan :
Air Zam-zam, Ekstrak Amber Cypress, Ekstrak Cuka Tamar, Mineral Hunza ( Salt Crystal ).
Cara Penggunaan :
Titiskan ke dalam air yang digunakan untuk membilas atau mencuci makanan.
  Bio Sunah
Kandungan :
Amber Cypress, Akar Cypress, Daun Cypress, Kristal Hunza, Habbatus Sauda, Ekstrak Madu Yaman, Za’faron, Tamar Putik, Delima, Kulat Susu Harimau, Tunjuk Langit dan Air Zam-zam.
Cara Penggunaan :
Amalkan satu sudu kecil sehari atau dua sudu kecil untuk kesan yang lebih baik.

   Rahsia Lelaki    Rahsia Wanita

  Rahsia Lelaki
Kandungan aktif :
Amber Cypress, Akar Cypress, Buah Pinang Tunggal, Sireh Hutan, Lahar Gunung Berapi, minyak Habatussauda dan Kristal Galian Holland
Fungsi dan Kebaikan :
Digunakan untuk merawat lemah tenaga batin dan mati pucuk. Membesar dan memanjangkan saiz zakar. Melambatkan ejakulasi agar tahan lebih lama. Memaksimumkan ereksi agar lebih tegang dan keras. Melancarkan peredaran darah ke bahagian yang tersumbat. Mengurangkan pembekuan darah. Membesarkan saluran diameter darah.
Cara Penggunaan :
Ianya amat mudah digunakan. Bagi yang mengalami masalah mati pucuk, hendaklah sapu dan urut pada waktu pagi dari pangkal ke hadapan. Tuang dan urut sebaiknya hendaklah dibuat 1 jam sebelum bersetubuh. Bagi menjaga kesihatan, digalakkan mengurut sekurang-kurangnya 3 kali seminggu sebaik bangun dari tidur.
  Rahsia Wanita
Kandungan aktif :
Amber Cypress, Akar Cypress, Daun Cypress, daun dan Bunga Gelang, buah dan bunga Cypress, Kristal Galian Holland, Zaffaron, Minyak Zaiton, Lahar Gunung Berapi dan daun Sireh Hutan.
Fungsi dan Kebaikan :
Amat berkesan digunakan untuk mengecutkan peranakan dan mengetatkan saluran faraj. Menghilangkan penyakit keputihan. Mengeringkan bendalir rahim. Mematikan kuman dan bakteria lembapan. Menghilangkan bau dan mengekalkan PH pada bahagian vagina. Melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan ketahanan apabila bersetubuh.
Cara Penggunaan :
Gunakan setiap kali mencuci faraj atau disembur ke tempat berkenaan pada bila-bila masa. Digalakkan dijadikan sebagai rutin harian. Sebagai persediaan untuk bersama; lapkan faraj sehingga kering. Picitkan cecair dijari secukupnya dan sapukan pada bahagian bibir luar vagina. Tak perlu dicuci selepas disapu pada faraj. Seelok-eloknya digunakan 1 jam sebelum bersama.

   Cypress EG    Tasbih Cypress    Loket

  Cypress EG
Kandungan :
Air Zam-zam, Ekstrak Madu, Ekstrak Amber Cypress, Ekstrak Daun Cypress, Ekstrak Kristal Hunza ( garam ).
Cara Penggunaan :
Sembur 2 kali di bahagian kelopak mata. Sembur pada bahagian gatal sahaja.
  Tasbih Cypress
Merupakan produk hasil kajian intensif seorang sarjana muslim iaitu Dr. Muhammad Shakran Shuhatah dari Mesir, seorang gemologist dari Malaysia Dr Hisham bin Hashim berserta seorang pakar etnologi Dr Hj Manan bin Embong.
Kajian selama lebih dari 30 tahun ke atas mukjizat Nabi Nuh a.s iaitu spesies kayu bahtera atau dalam istilah farmakologinya disebut pine cypress menemukan dapatan yang menakjubkan. Penyelidikan ke atas fosil bahtera Nabi Nuh a.s yang terdampar di Bukit Al Judi itu sendiri telah mengejutkan ramai sarjana dan pengkaji.
Manfaat kesihatan yang terkandung di dalam kayu bahtera yang telah bertransformasi kepada fosil ( bahagian atas bahtera ) selepas lebih 6000 tahun terdampar di Bukit Al Judi ternyata sangat mengkagumkan.
PENEMUAN KAJIAN
Kajian tentang cypress ini menunjukkan bahawa spesies inilah yang paling 'dekat' dari sudut kandungan kimia dan fitokimia dengan kayu bahtera Nabi Allah Nuh a.s yang sekarang terdapat di Gunung Ararat sehingga mencapai 98% ketepatan.
Mengikut catatan kajian Profesor Muhammad Shakran Shuhatah di Turki, besar lilitan ( ukur lilit ) cypress boleh mencapai 94 inci seperti yang pernah ditemui di sana. Jangka hayat pokok cypress ini boleh mencecah antara 25 tahun hingga 30 tahun. Ada yang menyebut bahawa pokok ini mampu hidup sehingga 250 tahun dengan mencapai 100 hingga 360 kaki dan ukur lilit sehingga 94 inci.
Pokok cypress bertepatan dengan ciri-ciri bahtera Nabi Allah Nuh a.s iaitu besar, keras serta mengandungi nilai perubatan dan farmaseutikal yang sangat tinggi. Pada hari ini, cypress lebih dikenali berbanding namanya di dalam kitab-kitab kuno.
Justeru, nilai perubatan yang ada pada spesies ini juga menepati nilai perubatan pada kayu bahtera asal walaupun tidak seratus peratus. Menurut Profesor Mohammad Shakran, hirisan batang iaitu antara kulit dan isi pokok cypress mempunyai kandungan antioksida dan phcynogenol iaitu sejenis kimia dan pada bahagian akar pula mengandungi monoterpenes yang boleh menghindari penyakit barah gusi , gigi, kencing manis, serta berupaya merawat penyakit ulser dan buah pinggang.
Hasil kajian, mereka mendapati bahawa terdapat 7 spesies cypress yang menyerupai kayu bahtera Nabi Nuh a.s dan di antara 7 spesies tersebut, hanya satu sahaja yang menepati ciri-ciri sebenar kayu bahtera Nabi Allah Nuh a.s. Kayu tersebut adalah dari jenis PINE CYPRESS.
Mengapa Tasbih?
Para sahabat akan menghitung atau berzikir dengan tangan, biji tamar atau batu. Berdasarkan sejarah Islam, idea mencipta tasbih atau pembilang zikir telah ada pada zaman Rasulullah SAW dalam bentuk yang berbeza ( kefahaman dan cara ) sehinggalah sebutan tasbih dan bentuk tasbih yang kita kenali sekarang muncul pada abad ke-2 Hijrah. Hal ini diperkuatkan oleh Imam Az-Zabidi dalam kitab Tajul Arus yang mengutip keterangan dari gurunya yang mengatakan tasbih itu sudah banyak digunakan sama di jalan, kedai, masjid, mussolla dan seumpamanya.
Pada masa tersebut, ada ulamak yang tidak bersetuju dengan penggunaan tasbih sehinggalah seseorang bertanya kepasa seorang wali Allah iaitu Syeikh Junaid al Baghdadi :
"Apakah orang mulia seperti tuan ingin memegang tasbih?" Lalu dijawab oleh Syeikh Junaid al Bahgdadi : "Inilah jalan untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT yang tidak akan aku tinggalkan".
SATU PENDEDAHAN MENAKJUBKAN HASIL PENYELIDIKAN OLEH SARJANA-SARJANA ISLAM
Hasil penyelidikan yang dijalankan oleh Profesor Mohammad Shakran Shuhatah selama lebih 20 tahun membuktikan bahawa kayu pine cypress memiliki persamaan dari segi kimia dan fitokimia kandungan kayunya sehingga 98% dengan kayu bahtera Nabi Nuh di Gunung Ararat, Turki.
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Dr Akhbar Ali Zurillah, seorang pakar Penyelidikan Tumbuhan Turki, Keunikan kayu pine cypress adalah kerana mempunyai gelombang tenaga yang sangat tinggi dan ia sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai imuniti yang rendah.
Geseran tangan pada butir tasbih cypress akan mengeluarkan haba panas sehingga 10 -15 darjah celcius yang mampu menjana gelombang tenaga untuk diserap masuk melalui pernafasan dan liang roma pada jari untuk menambahkan daya tahan tubuh seseorang dari penyakit di samping meningkatkan aura diri.
Penjanaan oksigen dari penggunaan tasbih cypress mampu menstabilkan dan melancarkan perjalanan darah ke seluruh tubuh dan meningkatkan daya imunisasi hingga ke paras 89% yang diperlukan oleh tubuh badan.
CYPRESS DAN PENGGUNAAN TASBIH
[ 1 ] Satu penemuan terbaru daripada kajian saintifik hasil penggunaan kayu bahtera Nabi Nuh a.s mendorong pengkaji mencipta beberapa alat peribadatan dan kegunaan harian agar pengguna memperolehi manfaat yang bukan sedikit daripadanya. Hasrat supaya pengguna tidak hanya menggunakan sesuatu bahan atau material hanya untuk satu tujuan semata-mata sebaliknya memperolehi manfaat lain seperti kesihatan dan aura diri. Ia juga bukan satu saranan untuk tujuan perniagaan sahaja, tetapi lebih dari itu agar penggunaan kayu cypress dalam bentuk-bentuk yang diharuskan dan disunatkan oleh syarak akan membawa manfaat sampingan lain seperti dalam bentuk kesihatan.
[ 2 ] Kajian mendapati bahawa geseran tangan pada butiran tasbih cypress akan mengeluarkan haba panas sehingga 10 darjah celcius. Haba yang keluar melalui aktiviti ini seterusnya menjana pengeluaran gelombang tenaga dan haba dari biji tasbih cypress tersebut yang kemudiannya diekstrak masuk melalui pernafasan dan liang roma di jari yang boleh menambahkan daya tahan tubuh seseorang dari penyakit.
[ 3 ] Gabungan antara aktiviti zikir dengan bahan ( material ) dari kayu cypress akan menambahkan aura tubuh dan menjana rasa tenang dalam beribadah ( zikir ) itu sendiri. Kaedah penggunaan tasbih ternyata sangat praktikal kerana ia boleh dibawa kemana-mana berbeza dengan mandia arometerapi yang hanya boleh dilakukan pada waktu-waktu tertentu dan tempat yang khas sahaja.
[ 4 ] Penjanaan oksigen dari penggunaan tasbih cypress mampu menstabilkan dan melancarkan perjalanan darah di dalam tubuh manusia serta meningkatkan imuniti hingga ke paras 89% yang diperlukan oleh tubuh badan.
[ 5 ] Penggunaan tasbih cypress meningkatkan keberadaan ion-ion negatif yang sangat bermanfaat untuk kesihatan.
  • Kesan Ion Negatif dan Kesan Ion Positif
  • Penurunan, Peningkatan Kealkalian Pengoksidaan, Meningkatkan Keasidan
  • Aktifkan sel dan Merosotkan sel
  • Mengatur sistem autonomi, Sistem autonomi terganggu
  • Meningkatkan sistem imuniti, Melemahkan sistem imuniti
  • Mengatur homeostasis, Homeostasis terganggu
  • Membersihkan darah, Mengeruhkan darah
  • Menstabilkan tekanan darah, Meningkatkan tekanan darah
  • Melewatkan penuaan, Mempercepatkan penuaan
  • Dapat tidur nyenyak, Menyebabkan insomnia
  • Melegakan keletihan, Menyebabkan kelesuan
Nota:
    [ 1 ] Untuk kelegaan sementara akibat penyakit lelah ( asma ), tasbih boleh direndam dalam air panas selama 2 minit dan minum airnya. Kaedah sama boleh dilakukan untuk menghentikan batuk dan membuang gelaram di dalam paru-paru.
    [ 2 ] Tasbih sangat disarankan untuk digantung di dalam kereta kerana ia mampu menyerap bakteria, kuman dan toksin di dalam kereta yang sering menyebabkan selsema dan penyakit lain.
    [ 3 ] Bagi menjana pengeluaran amber dan bau dari tasbih, disarankan tasbih dijemur selepas penggunaan maksima di panas matahari selama 2 jam. Boleh dilakukan seminggu atau dua minggu sekali.
  Loket
Kelebihan Cypress Biofosil
* Kajian saintifik dan autentik dari pakar saintis membuktikan bahawa kandungan material dalam fosil memberikan manfaat tidak terhingga kepada tubuh manusia dari segi terapeutik dan aura diri.
* Menghalang radiasi dengan menyekat gelombang elektromagnetik rendah yang banyak didapati dalam kehidupan moden hari ini secara tidak langsung menghalang pembentukan sel-sel kanser.
* Meningkatkan imuniti / daya tahan kepada penyakit dengan meneutralkan radikal bebas di dalam udara dan pernafasan.
* Meningkatkan tenaga dan keupayaan diri.
* Menjana ketenangan, merehatkan minda dan dapat mengatasi insomnia melalui rangsangan gelombang otak tahap delta ( 1 hingga 4 hertz ).
* Merangsang kesihatan seksual secara keseluruhan.
* Meningkatkan memori dan melambatkan penuaan melalui rejuvenasi sel.
* Mengubah tenaga bio di dalam tubuh dengan meningkat dan meninggikan kualiti molekul air di dalam tubuh sebagaimana kandungan air telaga kaum Hunza yang terendam kayu bahtera Nabi Nuh a.s ( pine cypress ) sehingga tercatat bahawa purata umur Kaum Hunza adalah paling tua di dunia.
* Meningkatkan kadar metabolisme tubuh dan meningkatkan peredaran darah.
* Menjadi bahan sejarah kebenaran wahyu yang bernilai tinggi yang boleh disimpan dan diwarisi.
Penggunaan disyorkan
Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, digalakkan memakai loket di sekeliling leher sekurang-kurangnya 8 jam sehari untuk sekurang-kurangnya selama 4 hari secara berterusan. Penggunaan secara sistematik begini akan menjadi perintang kepada gelombang elektromagnetik rendah daripada perkakasan elektrik seperti televisyen, telefon bimbit, radio, komputer serta radiasi pemancar.
Penggunaan loket cypress biofosil akan memberikan manfaat kesihatan dalam bentuk sinar bio magnetik yang merencatkan gelombang medan magnet yang rendah, Di samping itu, kandungan Far Inra Red ( FIR ) dalam loket mengaktifkan elektrolit badan, memudahkan pengaliran darah dan memberikan upaya untuk menggerakkan kilang tenaga mitokondria dalam tubuh seseorang.
Kegunaan penyembuhan :
Sakit kepala
Letakkan loket pada dahi, diantara kening. Duduk dan tenangkan diri untuk 10-15 minit ataupun anda boleh gunakan bahagian tepi loket untuk gosok di sepanjang bahagian atas bulu kening dengan lembut.
Ketidakselesaan usus / perut
Letakkan loket atas pusat perut untuk ketidakselesaan perut termasuk angin berlebihan untuk sekurang-kurangnya 30 minit.
Kesakitan semasa haid
Letakkan loket pada kedudukan 3 jari di bawah pusat perut untuk sekurang-kurangnya 30 minit.
Kerengsaan kulit
Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air bertenaga dan cuci kawasan tersebut dengan air bertenaga.
Pemanduan jarak jauh
Pakai loket untuk membantu mengekalkan kecergasan semasa memandu. Manfaat penggunaannya jelas kelihatan terutamanya untuk pemandu teksi, lori dan trak.
Pengaturan degupan jantung dan masalah berkaitan kardiovaskular
Sewaktu tidur, letakkan loket pada jantung dan tidur dalam keadaaan begini dengan sikap minda yang tenang.
Kegunaan lain
Memberikan tenaga pada air
Letakkan loket di bawah gelas atau bekas air untuk memberi tenaga kepada air ( sekurang-kurangnya 20 minit untuk setiap 500ml air ). Air bertenaga boleh digunakan sebagai minuman, membasuh, mandi ataupun menyiram tumbuhan.
Meningkatkan keberkesanan produk
Letakkan di bawah bekas produk penjagaan kulit ( contohnya serum, krim siang hari, krim malam ) selama 20 minit untuk memberi tenaga kepada produk tersebut. Ulangi langkah ini setiap 2 bulan untuk kesan yang terbaik.

0 comments:

Post a Comment